Shopping Cart
0 items
 
Brands
 
Currency
 
MEDIUM PEMBAYARAN




 


 

 KHIDMAT PENGHANTAR

 

 SERTAI KAMI DI FACEBOOK :

KEDAISIBERNEKA

JOM SERTAI KAMI!

 

 

PARIWARTA


 

 

JUMLAH
PENGUJUNG

free counter with statistics
 
Advertisement
 

KHIDMAT RAWATAN BEKAM

KHIDMAT RAWATAN BEKAM
Click to enlarge
Price: RM0.00
Availability: In Stock
Model: BEKAM
Average Rating: Not Rated


Share This

PERKHIDMATAN RAWAYAN BEKAM !

| HARGA :  RM5.00 UNTUK SATU CUP |

 

Kami menyediakan perkhidmatan BEKAM (hijamah/cupping).
 

Sila kunjungi pusat rawatan kami di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN DARMA KIFAYAH,
KEDAI MUSOLLA DARUSSALAM,
MDS 72, JALAN TERATAI 2/5,

TAMAN BUKIT TERATAI,
56100 KUALA LUMPUR.
HP : 013-6701491

 

 

KENAPA HARUS BERBEKAM ?

1. Menjaga kesihatan dan mencegah penyakit.
2. Merawat penyakit.
3. Melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.

Berbekam boleh merawat hampir 90 jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit baru yang belum ditemui ubatnya oleh para doktor dan saintis, insyaAllah!

Antara penyakit-penyakit biasa yang boleh dirawat menggunakan bekam, ialah Darah Tinggi, Diabetes, Sakit Jantung, Angin Ahmar, Resdung, Gout, Sakit Kepala, Asma, Kolestrol Tinggi, Sembelit, Jerawat, Lemah Syahwat dan lain-lain lagi.

Sila hubungi kami untuk pertanyaan dan temujanji. Sila sms jika panggilan anda tidak dijawab.

 

NO. HP : 013-6701491 (KHAIRIL)
EMEL : kedaisiberneka@yahoo.com.my

 


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BEKAM

 

APA ITU BEKAM ?

Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.

Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.

Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.


KEUTAMAAN BERBEKAM.

Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :

“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.”( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas).

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

 

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam!”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan.
 

HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM

Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
 

1.      Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)

2.      Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :

“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’”(Sahih al Bukhari)


SELAMATKAH BERBEKAM ?

Kaedah berbekam telah pun melalui proses pemodenan yang panjang. Kini, peralatan berbekam boleh dikatakan telah mencapai ke satu tahap yang terbaik dari sudut kebersihan dan keselamatannya, sehinggakan ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimana pun untuk mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik, maka eloklah anda menemui jurubekam yang terlatih.

Jika di masa lalu, tanduk kerbau digunakan sebagai alat penyedut, tetapi telah ada alat pengepam yang lebih moden. Jika di masa dahulu, cawan bekam diperbuat dari dari buluh sahaja, tetapi kini cawan bekam diperbuat dari plastik atau kaca yang boleh disterilkan.
 

PEN BEKAM

PERALATAN BEKAM MODEN

 

HARI YANG DIGALAKKAN BERBEKAM.

Hari yang sangat baik untuk berbekam ialah ISNIN, SELASA dan KHAMIS. Sementara hari yang sangat tidak digalakkan untuk berbekam ialah pada hari RABU dan malam Rabu.

Sementara tarikh yang terbaik untuk berbekam di dalam sebulan ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan pada bulan Islam. Pada tarikh-tarikh ini, darah kotor akan keluar di dalam kuantiti yang lebih banyak.


KEKERAPAN BERBEKAM.

Bagi orang yang sihat tubuh badan, disyorkan berbekam sekali sebulan, pada pertengahan bulan Islam iaitu pada 17, 19, dan 21 haribulan secara istiqamah jika boleh. Tujuan berbekam untuk orang sihat ialah untuk mengekalkan kesihatan sedia ada, dan juga untuk mencegah kemungkinan-kemungkinan penyakit yang belum dapat dikesan.

Bagi yang berpenyakit, dan mahu merawat penyakit tersebut melalui kaedah bekam, disyorkan berbekam seminggu sekali, sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat awal. Kemudian, setelah sembuh, bolehlah berbekam sebulan sekali sebagaimana orang sihat. 

 

Berikut adalah 93 jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam InsyaAllah :

1. Kegemukan (Obesiti)
2. Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3. Sciatica (Sakit Pinggang)
4. Sakit Perut
5. Sembelit
6. Gangguan Jantung dan Lambung
7. Menurunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Perut
8. Alergi Makanan
9. Sengal Tulang
10. Sesak Nafas
11. Asma
12. Insomnia (Susah Tidur)
13. Cirit Birit
14. Kejang Otot
15. Kencing Manis
16. Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17. Menggigil Tanpa Demam
18. Kencing Malam
19. Tonsil
20. Gatal-Gatal (Harsh)
21. Radang Usus Besar
22. Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23. Gangguan Pundi Empedu
24. Pusingan Haid Tidak Teratur
25. Ginjal
26. Tekanan Darah Tinggi
27. Sakit-sakit Lutut
28. Sakit-sakit Di Kaki
29. Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30. Gangguan Jiwa
31. Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32. Gout
33. Rematoid
34. Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35. Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36. Sinus
37. Sakit Di Daerah Perut
38. Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39. Buasir
40. Penyakit Jantung
41. Mandul
42. Terlalu Banyak Tidur
43. Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44. Memperbaiki Peredaran Darah
45. Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46. Sakit Punggung
47. Sakit Bahu dan Tengkuk
48. Sakit Bahu
49. Badan Kurus
50. Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51. Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52. Jangkitan Kuman
53. Melancarkan Perjalanan Darah
54. Menurunnya Aliran Darah
55. Tingkatkan Daya Ingatan
56. Tingkatkan Konsentrasi
57. Fistula Ani
58. Sakit Pinggang
59. Sakit Punggung
60. Gangguan Pundi Kemih
61. Kaki Kesemutan
62. Tangan Kesemutan
63. Salah Urat
64. Lumpuh Menyeluruh
65. Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66. Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67. Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68. Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69. Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70. Dingin Di Telapak Kaki
71. Nervous (Tegang / Gelisah)
72. Tumor Otak
73. Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74. Lutut yang Kaku
75. Gangguan Pankreas
76. Kejang-kejang
77. Tidak Boleh Bercakap
78. Penyakit Mata
79. Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80. Berhenti Haid
81. Pembekakan Testis
82. Tekanan Darah Rendah
83. Berbagai Penyakit Rahim
84. Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85. Keluarnya Cairan Vagina
86. Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87. Untuk Meningkatkan Produktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88. Pening Kerana Mata Lelah
89. Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-paru
90. Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91. Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92. Pening Kerana Anemia
93. Pening Kerana Influenza

SUMBER :  Buku  "BEKAM : SUNNAH NABI & MUKJIZAT MEDIS" , karangan  Syihab Al-Badri Yasin.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.