Shopping Cart
0 items
 
Brands
 
Currency
 
MEDIUM PEMBAYARAN




 


 

 KHIDMAT PENGHANTAR

 

 SERTAI KAMI DI FACEBOOK :

KEDAISIBERNEKA

JOM SERTAI KAMI!

 

 

PARIWARTA


 

 

JUMLAH
PENGUJUNG

free counter with statistics
 
Advertisement
 

POLISI KAMI

POLISI PENGHANTARAN BARANG

 
Waktu Penghantaran.
 
Jadual penghantaran barang ialah sebanyak dua kali sehari, iaitu di sebelah pagi (9.00am) dan di sebelah petang (2.00pm). Pesanan yang diterima sebelum pukul 10.00 pagi akan dihantar pada sebelah petang hari yang sama. Manakala pesanan yang diterima selepas waktu itu akan dihantar pada pagi hari berikutnya. Walau bagaimana pun, ianya adalah tergantung kepada kesediaadaan stok barang, serta kaedah pembungkusan yang diperlukan kepada produk tersebut. Jika barang tersebut memerlukan kaedah pembungkusan yang lebih rapi dan teliti, maka penghantaran produk tersebut mungkin akan dihantar lebih lewat sedikit, demi untuk memastikan keselamatan dan kesempurnaan barang.
 
Jangkamasa Penghantaran.
 
Kami menggunakan khidmat Pos Malaysia sebagai agen penghantar. Sementara ‘produk perkhidmatan’ yang digunakan pula ialah melalui kaedah Pos Daftar/Bungkusan. Jangkamasa untuk sampai ke destinasi di Semenanjung Malaysia (sebagaimana yang dijamin oleh Pos Malaysia) ialah di antara 3 – 5 hari bekerja, bergantung kepada jarak di antara lokasi kami ke lokasi pelanggan. Kami memilih kaedah ini kerana ianya adalah lebih murah berbanding dengan khidmat Pos Laju. Walau bagaimana pun, jika pelanggan menginginkan barang pesanan tersebut dengan segera, pelanggan boleh memilih untuk menggunakan khidmat Pos Laju dengan menghubungi pihak kami terlebih dahulu, atau menyatakannya di ruangan catatan di Borang Pesanan anda. Tambahan kos akan dikenakan.
 
Kos Penghantaran.
 
Kos Penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli. Ianya berdasarkan kepada berat produk. Walau bagaimana pun, terdapat juga beberapa produk pilihan kami tidak kenakan Kos Penghantaran. Produk-produk yang tidak dikenakan Kos Penghantaran itu telah dilabelkan dengan perkataan “Penghantaran Percuma!” seperti contoh di bawah :
 
 

Walau bagai mana pun, jika anda membeli berbilang produk, yang bercampur dengan produk-produk yang dikenakan Kos Penghantaran, maka Kos Penghantaran akan tetap dikenakan untuk produk-produk yang berkenaan.

 

JAMINAN PEMULANGAN WANG

Jika sekiranya kedapatan pada waktu-waktu tertentu, barang yang anda pesan telah kehabisan stok, wang anda akan kami kembalikan semula, melainkan jika ada persetujuan dari anda sendiri untuk menangguhkan penghantaran barang, atau pun jika anda bercadang untuk menukarkan item pembelian kepada produk lain.

" Membeli-belahlah dengan penuh yakin dengan kami ! "